Kesabaran
Belajarlah bersabar ketika teman baikm menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu kembali berubah dan mula berfikirtentang orang lain.
Ikhlas
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lan. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
Menghormati
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu. Sudah tentu kalian akan dihormati.
Jujur
Belajarlah menjadi seorag yang jujur. Saling mempercayai menjadikan hubungan persahabatn yang djali akan berjaya. Sebaknya, buang jauh-jauh sikap bermuka kerana ianya akan merenggang persahabatan.
Saling Memaafkan
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya temanmu menyinggung perasaanmu. Ketahuilah sifat pemaaf itu merupakan sikap yang mulia. Malah ia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
Nasihat Menasihati
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. teguran hendaklah secara baik dan tidak terlalu kasar. Bukan dengan meluludan mengkritik. Bukankah ingat mengingati amalan mulia?
Ambil Berat
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Berada disisi sahabat ketika ia berada dalam kesusahan. Ini sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan emosi kepadanya.
Saling Berhubung
Jauh dimata, dekat dihati. Walaupun kamu dipisahkan oleh jarak dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan denan bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas ( sms )sudah mencukupi .