Wednesday, 6 February 2013

For my prensentation Penghayatan Islam .


Yassin ayat 46-50

Ayat-ayat ini menceritakan penentangan orang kafir terhadap seruan utusan-Nya dan diikuti dengan kejadian hari kiamat. Ayat 46 yang bermaksud “dan tidaklah datang kepada mereka semacam ayat pun dari ayat-ayat Tuhan mereka melainkan adalah mereka itu berpaling daripadanya”. Allah menyatakan di sini tentang jiwa orang kafir yang mana mereka apabila diberi peringatan dari ayat Tuhan, mereka tidak peduli malahan mereka memusuhi Nabi-nabi yang menyampaikan seruan tersebut.
Dan apabila mereka disuruh membahagikan kekayaan yang mereka ada dengan orang-orang yang memerlukan, mereka yang bersifat bakhil itu berkata bahawa mereka tidak perlu memberi makan kepada orang fakir dan miskin itu kerana Tuhan telah memberi jaminan rezeki mereka. Mereka lupa bahawa Allah menjadikan manusia itu dengan pelbagai nasib. Ada yang berusaha sedikit sudah mendapat hasil yang banyak, tetapi ada juga yang perlu berusaha keras untuk mendapat sedikit rezeki. Mereka juga lupa bahawa kerap kali rezeki banyak yang diperolehi oleh orang kaya adalah kerana pengorbanan insan yang lemah. Jika manusia hidup secara nafsi-nafsi atau pentingkan diri sendiri, tidak wujudlah hubungan kasih sayang dalam dunia ini. Di akhir ayat, Allah menerangkan bahawa pendirian mereka ini adalah satu pendirian yang sesat.
“Dan mereka berkata: Bilakah janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang benar?”. Mereka mencabar Nabi-nabi yang berdakwah kepada mereka agar diturunkan azab qiamat itu jika meraka benar-benar utusan Allah. Apabila kiamat itu terjadi kelak, tidaklah meraka akan menunggu melainkan satu pekikan sahaja. Pekikan ini menurut riwayat adalah tiupan sangkakala oleh malaikat Israfil , yang ana ia akan menyebabkan mereka menjadi panik, bingung dan tidak dapat menguasai diri sedangkan ketika itu mereka sedang bertengkar. Habis semua itu, dan berganti dengan perasaan takut kerana maut telah terasa sangat mendekat. Saat itu, mereka tidak lagi sempat membuat wasiat dan tidak pula sempat pulang kepada keluarga mereka. Ini kerana di mana mereka mendengar pekikan itu, di situlah mereka akan mati.

#copypaste


2 comments:

  1. berapa slide semuanya ko buat...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. slide belom buat lagi la . just cari mklumat jew dlu.

      Delete